Elischools-LOGO

CONTACT US

Work and Study Malaysia

Hubungi kami di sini!

Tinggalkan butiran anda di sini, perunding kami akan menghubungi anda.






    Mengapa pilih Eli ?

    Kesemua pelajar pemegang visa mendapat pekerjaan di Ireland pada bulan yang sama mereka di sini
    Kami menyediakan perunding, bantuan permohonan visa, membantu mengatur penginapan kali pertama dan membantu mencari pekerjaan.

    Belajar bahasa Inggeris dan kerja di Ireland!

    Program kerja & belajar selama 8 bulan, belajar bahasa inggeris di eropah dengan permit kerja yang membantu kos belajar dan penetapan di eropah.

    Proses Permohonan

    Cara permohonan

    1. Pilihan kursus

    Kami menyediakan dua lokasi: ibu kota Dublin dan bandar Drogheda yang damai, kami mempunyai dua syif kursus – pagi dan petang.
    Perunding kami akan membantu anda dengan pilihan anda!

    2. Tempah penginapan anda

    Pelajar kami kebiasaannya menempah penginapan selama 4 minggu- anda juga boleh menempah penginapan anda sendiri mengikut kesesuaian anda. Kami juga menawarkan penginapan. – Penginapan bersama tuan rumah termasuk hidangan.  Kediaman persendirian di pusat bandar.

    3. Pilih kursus dan daftar

    Program ini tertakluk kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Anda tidak perlukan visa untuk ke Ireland jika anda adalah rakyat Malaysia. Pengetahuan bahasa Inggeris tidak memerlukan peringkat tetapi akan memudahkan anda. Kursus bermula setiap hari isnin.

     

    4. ketibaan

    Semasa langkah seterusnya, perunding kami akan menyediakan semua dokumen dari sekolah untuk proses memasuki Ireland. Ketibaan anda akan disambut mesra oleh penginapan anda.

     

    5. Kerja

    Anda akan menghadiri program orientasi, dan akan diberitahu tentang program anda, lawatan berjalan kaki akan diberikan dengan percuma. Hari Rabu akan diadakan kelab Pekerjaan, di mana pihak sekolah akan menerangkan cara dan tempat untuk bekerja.

     

    6. Terokai Ireland!

    Sekolah kami juga menganjurkan pelbagai lawatan/pesta setiap minggu. Anda juga boleh mendapatkan visa ke UK dari Ireland dan semestinya melancong ke negara eropah yang lain !

    Tunggu apa lagi?

    Nak tinggal dan bekerja di luar negara ?
    ingin belajar menutur Bahasa Inggeris dengan penutur asli dan mendapat kebebasan menampung perbelanjaan anda sendiri ?

    Daftar sekarang!

    Terbang ke Ireland Ketahui caranya.

    Reviews from our students

    Ademi Sarsen

    6 bulan saya di sekolah ELI berlalu dengan cepat, saya bukan sahaja mempelajari program persediaan di IELTS, saya juga bertemu dengan ramai orang. Ini adalah pengalaman kedua saya tinggal di luar Kazakhstan, dan saya sangat teruja dengan negara ini. Walaupun cuaca sejuk, saya jatuh cinta dengan Ireland kerana alam semulajadinya sangat indah. Saya cadangkan 100% untuk melawat dan mendapatkan pengalaman ini.

    Moldir Tankibaeva

    Hai Aidana, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memperkenalkan saya kepada kursus yang sangat menarik ini, saya tidak menyesal memilih ELI School. Saya banyak membuat latihan dah justeru tidak sukar untuk saya mencari pekerjaan. Terima kasih banyak kepada anda dah ELI School! - Moldir Tankibaeva.

    Tonton webinar terbaru kami!

    Dapatkan jawapan kepada soalan anda dengan menonton webinar kami!

    SOALAN LAZIM

    Bumi Ireland menawarkan peluang hebat untuk pelajarnya. Ia adalah negara berbahasa Inggeris di eropah,di sini anda tidak perlu mempelajari bahasa tambahan untuk menyesuaikan diri, penduduk di ireland terkenal dengan kemesraan mereka. Kursus di ireland adalah lebih murah berbanding dengan negeri berbahasa Inggeris yang lain tetapi kadar penerimaan visa ke Ireland juga lebih tinggi. Negara ini terkenal dengan panggilan “Silicon Valley of Europe” kerana banyak ibu pejabat syarikat antarabangsa terletak di sana ( contoh: Google, indeed, Amazon,Facebook,Apple,dll.) Dengan pertumbuhan ekonomi dalam populasi kecil, Ireland menawarkan peluang kerja yang hebat untuk pelajarnya. 

    Program ini dipanggil program 25+8, bermaksud kehadiran 25 minggu ke kelas bahasa Inggeris dah 8 minggu cuti. Terdapat visa 8 bulan untuk setiap penggal, yang dilanjutkan dua kali ( yang mana anda tidak perlu memohon visa sekali lagi), bermaksud anda boleh menetap di Ireland selama 2 tahun untuk mengumpul pengalaman bekerja di luar negara, justeru menigkatkan penuturan bahasa Inggeris anda sambil mengembara ke seluruh Eropah! 

    Program ini memberi pengalaman yang tersendiri dan sangat menyeronokkan. Anda dibenarkan menambil kerja sambilan semasa mengikuti kelas dan juga meneroka bumi Eropah yang lain. 

    Rayan Air adalah penerbangan yang kami cadangkan kerana ticket mereka berpatutan.

    Kelas pagi berlangsung dari 9 -12, manakala kelas petang 2 – 5. Keseluruhan pelajar kami dari kedua dua sesi telah berjaya mendapat pekerjaan. Kami memberikan waktu fleksibel kerana kami memahami pelajar kami. Pemindahan dari kelas pagi ke petang atau petang ke pagi dibenarkan jika mempunyai tempat. 

    Terdapat banyak jenis pekerjaan yang anda boleh lakukan secara sambilan di Ireland! Secara umumnya, pelajar mendapat kerja dalam bidang peruncitan, katering,hotel, penjagaan kesihatan, restoran dan lain-lain lagi. Jika anda mempunyai tahap Bahasa Inggeris yang tinggi juga mempunyai kemahiran dalam beberapa bidang anda disarankan untuk membuat permohonan di syarikat itu. 

    Anda dibenarkan untuk bekerja selama 20 jam seminggu (sambilan), tetapi semasa musim panas yang jatuh pada bulan Jun hingga September dan musim Krismas dari Desember hingga Januari, anda dibenarkan bekerja sepenuh masa selama 40 jam. 

    Gaji minimum setiap jam mengikut mata wang semasa ialah 10.50 euro. Dengan kadar ini anda boleh memperolehi gaji bermula dari 840 euro sebulan.

     

    Ya, tetapi sekolah kami akan membantu anda. Sekolah kami mempunyai kelab kerja Percuma setiap hari Rabu. Kelab ini mengajar anda cara mencari pekerjaan, cara membina CV yang terbaik dan cara menjawab soalan berkaitan temu duga.

    Sekolah kami juga bekerjasama dengan pelbagai industri. Ada syarikat yang datang ke sekolah kami untuk mencari bakal baru bagi syarikat mereka. 

    Baru-baru ini, kami telah mengambil kakitangan dari syarikat lapangan terbang dan kerja penjagaan kesihatan ke sekolah kami, dengan itu ramai pelajar kami mendapat pekerjaan serta-merta. 

    Selain itu, kedai, restoran dan pub juga bekerjasama dengan sekolah kami. Mereka memberitahu kami jika mereka memerlukan kakitangan, dan kemudian kami sampaikan peluang pekerjaan tersebut kepada pelajar kami! Tiada pelajar kami mengalami masalah dalam mencari pekerjaan.

    Pertama sekali kedutaan negara memerlukan pelajar untuk menempah tempat tinggal sekurang-kurangnya untuk 2 minggu pertama. Kebiasaannya pelajar kami akan menempah dan membayar untuk 2-4 minggu pertama terlebih dahulu, kemudian setibanya mereka di Ireland, mereka akan mencari tempat tinggal yang lebih murah untuk didiami dalam jangka masa panjang. Harga normal untuk sewaan tempat tinggal (purata bulanan) ialah 500 euro (~RM2,234).

    Kami juga menyediakan servis “homestay” (tinggal bersama keluarga lokal) dan juga tempat tinggal pelajar (hostel).

    Mencari pekerjaan tidak susah di Dublin, tetapi mencari rumah boleh menjadi agak mencabar. Oleh kerana itu, sekolah kami ada menyediakan asrama khas untuk pelajar ELI, jadi pelajar tak perlu risau tentang tempat tinggal.

    Homestay: Sarapan dan makan malam disediakan dari Isnin hingga Jumaat, dan 3 waktu makan pada hujung minggu.

    Hostel Pelajar: Makanan secara layan diri, tidak jauh dari sekolah (walking distance)

    Pelajar hanya perlu berumur 18 tahun ke atas untuk bekerja secara sah di Ireland. Purata umur pelajar kami ialah 28 – 35 tahun tetapi kami juga ada pelajar yang mempunyai visa yang berusia 57 tahun!

    Kedua kampus adalah pilihan terbaik. Tenaga pengajar, pekerja dan pelajar kami semua amat cemerlang. Pemilihan kampus hanya bergantung kepada gaya hidup yang anda sukakan.

    1)Dublin

    KELEBIHAN
    – Ibu negeri Ireland.
    – Lebih banyak peluang pekerjaan

    KEKURANGAN
    – Sewa rumah lebih mahal berbanding Drogheda
    – Proses birokrasi mungkin mengambil lebihmasa

    2)Drogheda

    KELEBIHAN
    – Yuran lebih murah berbanding Dublin
    – Sewa rumah lebih murah berbanding Dublin
    – Bandar yang lebih tenang dan lebih “asli” dimana 90% penduduk adalah warga Ireland

    KEKURANGAN
    – Kurang peluang pekerjaan
    – Pengangkutan awam kurang mudah diakses

    P.S. Drogheda hanyalah 30 minit dari Dublin menggunakan bas/keretapi/kereta.

    Pelajar antarabangsa di Ireland mempunyai pilihan yang istimewa, iaitu Permit Pekerjaan Kemahiran Kritikal (Critical Skills Work Permit). Dengan permit pekerjaan ini, anda boleh mendapat visa bekerja sepenuh masa untuk 2 tahun. Anda boleh memohon untuk permit penduduk jangka masa panjang selepas 2 tahun berada di Ireland dengan visa bekerja tersebut.

    Kemahiran Kritikal bermaksud: Jurutera, Bakat IT, Professional Perubatan, Chef dan sebagainya. Mereka yang mempunyai latar belakang yang relevan boleh mencari pekerjaan di Ireland dengan gaji permulaan yang lebih tinggi (secara purata 30,000 – 40,000 euro setahun)

    Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai Critical Skills Visa menerusi pautan di bawah.

    https://enterprise.gov.ie/en/What-We-Do/Workplace-and-Skills/Employment-Permits/Permit-Types/Critical-Skills-Employment-Permit

    Kehidupan di Ireland telah kembali seperti normal! Kad vaksinasi atau ujian PCR sudah lagi tidak diperlukan untuk memasuki Ireland.

    Pelajar antarabangsa juga boleh mendapatkan vaksin secara percuma jikalau perlu!